Azamku
tahun baru
menambah ilmu
tak akan jemu
kupohon
doamu ayah dan ibu
mengiringi azamku.
Azamku
memperbaiki
diri
peribadi
kupohon
rahmat
dari ilahi
moga azamku
diberkati.
Azamku
tidak akan tinggal
angan-angan
kerana kutahu
tanpa azam
hari-hari
mendatang
kosong belaka
tiada bermakna!
Khamis, 5 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan